eBay bantu PKS tempatan teroka pasaran global

Bantuan ditawarkan eBay itu merangkumi pengecualian 100 peratus yuran platform e-dagang antarabangsa berkenaan.
Bantuan ditawarkan eBay itu merangkumi pengecualian 100 peratus yuran platform e-dagang antarabangsa berkenaan.
A
A
A

EBAY melancarkan sebuah program pecutan digital dikenali sebagai Global 24/7 yang direka khas untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan platform e-dagang antarabangsa itu bagi tujuan eksport global.

Program berkenaan menyediakan insentif permulaan, kelengkapan, latihan serta bantuan yang diperlukan untuk pemilik perniagaan menembusi pasaran global eBay yang mempunyai lebih 174 juta pembeli aktif.

Antara manfaat ditawarkan program yang bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020 itu ialah insentif peniaga baharu yang mengecualikan 100 peratus yuran eBay; webinar pendidikan dua kali seminggu dan akses percuma fungsi produk sehingga AS$700 (RM2980).

Di samping itu, manfaat juga merangkumi kadar penghantaran istimewa dan yuran penyimpanan di Amerika Syarikat (AS); pengurus akaun khusus untuk memberi bimbingan dan risikan pasaran untuk mengatur strategi dengan lebih baik.

Ketua Pembangunan Perniagaan eBay Asia Tenggara, Tam Yong Sheng berkata, Global 24/7 membantu peniaga memulakan perniagaan dalam talian dengan lebih cepat dan memberi mereka peluang untuk mengakses pasaran global.

“Aktiviti e-Dagang global mengalami pertumbuhan pesat disebabkan oleh peralihan tabiat membeli-belah pengguna berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

“Pengeksport PKS Malaysia yang menggunakan platform kami telah menyaksikan peningkatan dua kali dalam kategori produk kesihatan, elektronik dan automotif berbanding tempoh sama pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: