Muhyiddin menang tanpa bertanding jawatan Presiden Bersatu

Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Bersatu apabila tiada pencalonan bagi jawatan tersebut.
Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Bersatu apabila tiada pencalonan bagi jawatan tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia berdasarkan senarai calon layak bertanding dalam pemilihan parti itu dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini apabila hanya nama Muhyiddin dan Ahmad Faizal menjadi calon bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Pengerusi JPP, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika mengulas senarai pencalonan itu berkata, pengumuman rasmi untuk kedua-dua jawatan itu hanya akan dibuat selepas semua bahagian bersidang pada 22 Ogos ini.

Menurutnya, secara prinsip, kedua-duanya sudah memenangi jawatan masing-masing tetapi akan diumum secara rasmi selepas semua bahagian Bersatu selesai bersidang.

"Senarai pencalonan yang dikeluarkan JPP hari ini untuk memberi peluang kepada calon menyemak dan mengesahkan nama serta gelaran darjah kebesaran dan gelaran akademik, sebelum dicetak untuk diedarkan ke semua bahagian," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, semakan juga mendapati tiada pencalonan bagi jawatan Pengerusi selepas disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum keahliannya terbatal sebelum ini.

Sementara itu, jawatan Ketua Armada menyaksikan dua nama dicalonkan dalam senarai yang disediakan iaitu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Mohd Muazammil Ismail.

Bagi jawatan Ketua Srikandi Bersatu pula empat nama dicalonkan iaitu Datuk Seri Rina Harun, Datin Izza Ismail, Zuhuraina Makmur dan Azlina Mehtab Mohd Ishaq.

Artikel Berkaitan:

Senarai penuh calon bersertakan nombor calon tersebut boleh diakses oleh semua calon dan ahli melalui laman web rasmi JPP Bersatu di http://pribumibersatu.org.my/sys/index.php/calon_mpt.