10 cedera letupan bom di Pattani

Seramai 10 orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, Thailand. - Foto Asian News Network
Seramai 10 orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, Thailand. - Foto Asian News Network
A
A
A

PATTANI - Seramai 10 orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani.

Ketua Polis Panare, Pol Kol Liab Promchan berkata, bom itu menyasarkan enam anggota renjer yang sedang membuat rondaan dengan menaiki tiga buah motosikal.

“Letupan bom itu mencederakan enam anggota renjer termasuk dua cedera parah.

"Kekuatan letupan bom turut menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.

Liab tidak menolak kemungkinan letupan bom itu bermotifkan dendam susulan kematian seorang anggota militan dalam satu pertempuran di Kg Rawo, Panare minggu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: