Bayi masih bernyawa dibuang dalam tong sampah

Seorang bayi yang ditemui di dalam tong sampah di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus malam tadi.
Seorang bayi yang ditemui di dalam tong sampah di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus malam tadi.
A
A
A

KUALA NERUS – Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa ditemui orang awam di dalam tong sampah di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Saksi kejadian, Nazri Abd Manaf, 48, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi bising di kawasan tong sampah berhampiran lokasi perniagaannya.

“Waktu tu saya dah nak tutup kedai tetapi rasa pelik sebab dengar bunyi bising dan orang ramai berada di lokasi kejadian.

“Mula-mula saya ingatkan ada kes tangkapan dadah kerana orang ramai mengerumuni kawasan pantai itu. Tak sangka pula rupa-rupanya ada orang jumpa bayi baru lahir yang dibuang di kawasan itu,” katanya.

Bayi malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel Berkaitan: