X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan sibuk tanya siapa PM seterusnya

Nik Nazmi Nik Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Parti dalam gabungan pembangkang tidak perlu sibuk bertanya mengenai calon perdana menteri seterusnya kerana pihak terbabit sudah menetapkan pendirian mereka.

Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia juga berikutan Ketua Pembangkang di Parlimen juga sudah dipilih.

“Paling penting mereka perlu menumpukan perhatian kepada usaha untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab di atas tindakannya dan ada dasar yang baik ke arah pemulihan ekonomi.

“Kita dihantar ke Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan, pendidikan, bantuan dan peluang yang selayaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, pembangkang tidak harus fokus kepada jawatan dan mengungkit pertikaian lama tetapi mempertahankan kepentingan rakyat dalam tempoh getir ini.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah usaha individu atau parti secara bersendirian tetapi turut membabitkan sokongan rakyat

“Rakyat menyokong kita kerana manifesto Buku Harapan dan janji kita bahawa peralihan kuasa akan berlaku.

"Itulah yang mengalahkan Barisan Nasional (BN). Itulah sebabnya PKR memenangi 47 kerusi Parlimen, DAP 42 kerusi, BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) 13 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) 11 kerusi dan sekutu kita Parti Warisan Sabah, 8 kerusi dalam pilihan raya itu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!