Tiket KLIA Ekspres kini boleh dibeli di Sutra.my

KLIA Ekspres
KLIA Ekspres
A
A
A

TIKET-tiket KLIA Ekspres kini boleh dibeli menerusi platform Sutra.my dan TravelCompute One-Stop Travel Technology berikutan termeterainya perkongsian antara Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dengan sebuah agensi pelancongan tempatan yang pernah menang anugerah, Sri Sutra Travel.

Sri Sutra Travel menawarkan platform dalam talian untuk perkhidmatan hantar-jemput ke lapangan terbang, penginapan, sewa kereta, program lawatan tempahan khusus, tempahan tiket bas dan kereta api, tiket-tiket bagi acara sukan dan acara-acara lain yang berkaitan kepada pengembara.

"Perkongsian ini amat penting bagi ERL kerana ia akan memanjangkan jangkauan perkhidmatan KLIA Ekspres dalam kalangan industri pelancongan di Malaysia selain memudahkan ejen-ejen pelancongan untuk menawarkan pakej KLIA Ekspres bersama-sama tarikan dan perkhidmatan pelancongan tempatan yang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor dalam satu kenyataan.

Noormah berkata, untuk membeli tiket-tiket KLIA Ekspres, para pengembara boleh melayari laman sesawang Sutra.my dan klik "KLIA Ekspres". - Bernama

Artikel Berkaitan: