Pas bukan parti jumud, tegas Abdul Hadi

Kenyataan Abdul Hadi berkaitan parti itu hari ini.
Kenyataan Abdul Hadi berkaitan parti itu hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi menegaskan bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang jumud dan sempit fikirannya.

Menurutnya, perubahan pendekatan berlaku dalam parti itu tidak disebabkan perubahan hala tuju perjuangannya tetapi berdasarkan situasi, realiti dan politik.

"Pas yang beraqidah Islam mengikuti gerakan politik yang dinamik, bukan parti yang jumud dan sempit fikirannya.

"Hala tuju Pas tidak hanyut disebabkan oleh arus dan gelombang dalam mengharungi perjuangannya.

"Pas tetap matang dalam berpolitik dan mampu membaca perkembangan manusia yang boleh berubah kerana berada di alam yang boleh berlakunya perubahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu kenyataan sama dinyatakan Abdul Hadi pada 10 Jun lalu menerusi ciapan di Twitternya.

Tulisan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu dipercayai merujuk kepada keadaan perubahan politik Pas yang kini bersama parti-parti lain dalam membentuk Perikatan Nasional (PN).

Kini, Pas, UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti dari Sabah berkerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menguasai pentadbiran negara di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi juga menegaskan bahawa prinsip istiqamah bersama Islam menjadikan Pas tidak menipu dan tidak boleh ditipu, kerana menipu itu haram dan ditipu itu bodoh.