1,118 kantin, dapur sekolah di Perak diperiksa

Operasi pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan akan memeriksa ruangan dapur bagi mengesan elemen kehadiran haiwan perosak yang boleh menjejaskan kebersihan dapur.
Operasi pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan akan memeriksa ruangan dapur bagi mengesan elemen kehadiran haiwan perosak yang boleh menjejaskan kebersihan dapur.
A
A
A

TAIPING - Jabatan Kesihatan Perak menyasarkan untuk melakukan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan melibatkan 1,118 kantin dan dapur sekolah di seluruh negeri.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, operasi itu dilakukan bagi memeriksa pematuhan elemen keselamatan dan kualiti makanan dalam kalangan pengusaha kantin sekolah.

Menurutnya, objektif lain adalah bagi mengelakkan berlakunya kejadian keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan serta membendung penularan Covid-19.

“Kes keracunan makanan masih berlaku di mana dua kes telah dilaporkan melibatkan dua sekolah di Ipoh dan Perak Tengah tahun ini iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tahun lalu telah mencatatkan lapan kes manakala 2018 pula terdapat 14 kes keracunan makanan. Kes-kes ini berlaku selepas didapati semua aspek keselamatan dan kualiti makanan diabaikan.

Ahmad Saidi melihat skor pematuhan kebersihan dan keselamatan makanan oleh inspektor Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan selepas pemeriksaan di dapur dan kantin SMK Tengku Menteri, Changkat Jering hari ini.

“Justeru, aktiviti pemeriksaan di kantin dan dapur asrama sekolah akan diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini dan ia dilaksanakan dalam dua pusingan setiap tahun,” katanya.

Ahmad Saidi berkata demikian kepada pemberita selepas memeriksa kebersihan dan keselamatan makanan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming.

Jabatan Kesihatan menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan mengadakan pemeriksaan dapur di semua sekolah di Perak.
Jabatan Kesihatan menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan mengadakan pemeriksaan dapur di semua sekolah di Perak.

Ahmad Saidi berkata, pihak sekolah dan pengusaha kantin digesa memantau perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid.

“Program ini penting untuk mendidik pengusaha kantin dan pengendali makanan supaya prihatin terhadap keselamatan makanan agar tidak menyebabkan keracunan terutama dalam situasi pandemik yang masih belum reda ini.

“Tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang,” katanya.