Israel miliki senjata paling canggih di dunia: Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV – ISRAEL. Benjamin Netanyahu mendakwa Israel memiliki sistem senjata paling canggih di dunia dan tidak teragak-agak untuk menghancurkan semua pihak yang cuba meruntuhkan negaranya.

Perdana Menteri Israel itu mengeluarkan ancaman tersebut semasa melawat ibu pejabat Israel Aerospace Industries (IAI) di Lod, semalam.

IAI bertanggungjawab membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Israel.

Lawatan Netanyahu ke ibu pejabat IAI dibuat tidak lama selepas pegawai Israel mengumumkan kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu anti-balistik Arrow 3.

“Kami akan terus membangunkan sistem senjata paling maju di dunia bagi memastikan keselamatan Israel dan rakyatnya terjamin,” ujar Netanyahu.

Semalam, Kementerian Pertahanan Israel berkata ia telah berjaya menguji sistem senjata yang dapat memintas peluru berpandu balistik di luar atmosfera bumi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ujian berkenaan dilakukan dengan kerjasama Agensi Pertahanan Misil Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Berkaitan: