X

Kindly register in order to view this article
!

Maszlee persoal percanggahan data projek siap sekolah daif

Maszlee Malik - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempersoalkan ketidaksepadanan data di antara dashboard projek sekolah daif dan jawapan bertulis Dewan Rakyat mengenai jumlah sebenar projek sekolah daif yang telah disiapkan.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, hasil semakan terhadap dashboard berkenaan pagi ini mendapati wujud percanggahan data yang diberikan oleh kementerian.

Dengan mengambil contoh bagi negeri Sabah menurutnya, maklumat dashboard tersebut menunjukkan projek siap berjumlah 141, namun jawapan rasmi bertulis yang diterima beliau semalam ialah 150 projek.

“Demikian juga dashboard menunjukkan jumlah projek seluruh negara ialah 781 projek sedangkan jawapan rasmi yang diberikan kepada saya semalam ialah 773 projek.

“Jadi saya mohon penjelasan perbezaan data ini dan sejauh mana menteri (Kementerian Pendidikan) bersedia untuk memastikan ketepatan data dan maklumat yang dikongsi kepada rakyat dan dewan ini khususnya,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Maszlee, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini memperkenalkan inisiatif menyediakan paparan umum dashboard projek sekolah daif itu yang boleh diakses oleh rakyat di laman web kementerian.

Katanya, inisiatif itu bagi membolehkan penglibatan semua pihak untuk memantau pelaksanaan projek naik taraf dan pembinaan semula sekolah daif.

“Melalui paparan umum dashboard ini, kementerian menjadi lebih telus dan menunjukkan sikap pertanggungjawaban yang tinggi kepada rakyat,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus