Cabul dua pelajar, Ustaz Coy dihukum rotan 74 kali

Ustaz Coy dihukum rotan sebanyak 74 kali di Kejaksaan Negeri Aceh Utara, Aceh semalam. - Foto Kompas
Ustaz Coy dihukum rotan sebanyak 74 kali di Kejaksaan Negeri Aceh Utara, Aceh semalam. - Foto Kompas
A
A
A

BANDA ACEH - Seorang lelaki di Aceh Utara yang dikenali dengan nama MZ dihukum rotan sebanyak 74 kali pada Rabu lalu selepas didapati bersalah mencabul dua pelajarnya di bawah umur di sebuah pesantren pada 16 Januari 2019.

Menurut laporan portal berita Kompas semalam, pada awalnya, lelaki yang popular dengan panggilan Ustaz Coy dihukum rotan sebanyak 80 kali.

Namun, selepas menjalani hukum penjara enam bulan, hukuman rotannya dikurangkan sebanyak enam kali.

Hukuman itu dilakukan di pekarangan Kejaksaan Negeri Aceh Utara.

Polis dan pihak wilayatul hisbah atau polis syariah mengawal ketat pelaksanaan hukuman itu.

Ketua Kejaksaan Negeri Aceh Utara, Pipuk Friman berkata, pelaksanaan hukuman itu mengambil kira protokol kesihatan.

Lelaki itu dilihat mengerang kesakitan ketika tukang sebat merotannya dan ketika hukuman rotan yang ke-40, dia meminta berhenti untuk minum sejenak.

Hukuman itu sesuai dengan Qanun atau peraturan daerah Aceh Nombor 6 Tahun 2014 tentang perlakuan seksual terhadap kanak-kanak. - Agensi

Artikel Berkaitan: