'Tak sempat serah surat lantikan Pengerusi Lumut Maritime Terminal'

Ahmad Faizal (duduk, dua dari kiri) mengaminkan doa yang dibacakan Razman (duduk, tengah) ketika menziarahi Allahyarham Mohd Khusairi di Masjid Al-Rahmaniah Felda Sungai Behrang di sini.
Ahmad Faizal (duduk, dua dari kiri) mengaminkan doa yang dibacakan Razman (duduk, tengah) ketika menziarahi Allahyarham Mohd Khusairi di Masjid Al-Rahmaniah Felda Sungai Behrang di sini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terkilan kerana tidak sempat menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Lumut Maritime Terminal kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Menurutnya, surat lantikan tersebut sudah ditandatangani pada pagi semalam sebelum diserahkan kepada Mohd Khusairi.

Beliau berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham di kediaman Menteri Besar Perak baru-baru ini.

"Beliau sempat datang rumah kenduri durian baru-baru ini dan pagi semalam sebelum Allahyarham meninggal dunia, saya tandatangan surat lantikan Allahyarham yang dilantik sebagai Pengerusi Lumut Maritime Terminal.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Slim meninggal dunia

ADUN Slim selamat dikebumi

"Saya terkilan kerana tidak sempat hendak serahkan surat ini kepada Allahyarham," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Al-Masjid Rahmaniah, Felda Sungai Behrang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengakui sedih dengan pemergian Allahyarham yang dianggap sebagai abang sendiri.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, jenazah tiba di rumah ibunya di Felda Sungai Behrang pada jam 11 malam tadi dari Hospital Bentong, Pahang.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Al-Rahmniah pada jam 7.30 pagi bagi memudahkan orang ramai menziarahi Allahyarham.

Antara pemimpin yang hadir menziarahi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah dan Wilayah (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.