X

Kindly register in order to view this article
!

'Pemimpin DAP patut kena ketuk ketampi'

Mohd Puad
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak diperlukan sebaliknya kerajaan hanya perlu memperkukuhkan peranan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC).

Beliau berkata, ini kerana semua agensi penguat kuasa mesti tertakluk di bawah peranan EAIC jika berlaku salah laku.

“Berbangkit kembali isu IPCMC di Parlimen. IPCMC tidak perlu kerana EAIC sudah ada dan perkukuhkan sahaja EAIC.

"Semua agensi penguatkuasa mesti tertakluk di bawah kuat kuasa EAIC jika berlaku salah laku,” katanya dalam satu kenyataannya di Facebooknya sebentar tadi.

Julai tahun lalu, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) IPCMC 2019 di Dewan Rakyat bertujuan menggantikan EAIC bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Bagaimanapun pembentangan untuk bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu ditangguhkan Disember lalu selepas ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang membentangkan 37 pindaan baharu.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, penubuhan IPCMC asalnya adalah agenda DAP sebelum menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohd Puad yang merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata, ketika itu apa sahaja isu PDRM terutama yang melibatkan kematian akan dieksploitasi oleh DAP dan badan bukan kerajaan seperti 'bar council'.

“PDRM menjadi 'punching bag' kepada DAP untuk menyerang kerajaan ketika itu tetapi apabila mereka memerintah kenapa gagal dilaksanakan. Bila hilang kuasa kenapa nak dijadikan isu pula.

“Jangan lupa kes ketuk ketampi seorang perempuan Melayu yang disangka keturunan Cina dan warga China. DAP mengeksploitasi isu ini sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) terpaksa menghantar wakil berjumpa kerajaan China.

“Sama juga dalam kes Teoh Beng Hock. DAP mensensasikannya sampai gali kubur dan tubuh inkues. Kes Beng Hock dibuka semula bila PH memerintah tetapi dalam kes Adib (Muhammad Adib Mohd Kassim), DAP dan 'bar council' senyap terus.

“Ketuk ketampi adalah 'superbrain yoga' atau thoppukaranam dalam bahasa Tamil. Asalnya adalah ritual penganut Hindu untuk memaafkan atau menghukum diri sendiri atas kesalahan yang dilakukan secara sengaja atau tidak.

“Sepatutnya pemimpin DAP dikenakan ketuk ketampi kerana gagal menunaikan janji selama 22 bulan memerintah termasuk menjual banyak aset negara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!