X

Kindly register in order to view this article
!

Wang tunai RM64,000 dilarikan amah

Pembantu rumah dikenali sebagai Darmi yang dipercayai melarikan wang tunai milik majikannya pagi semalam. - Foto ihsan PDRM
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang ketua jururawat kerugian RM64,000 apabila pelbagai mata wang tunai miliknya dilarikan pembantu rumah warga Indonesia pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa menyedari kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Darmi tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu berada di Melaka bergegas pulang petang semalam.

"Sebaik tiba di rumahnya, mangsa memeriksa bilik suspek dan mendapati barang peribadi suspek tiada.

"Mangsa kemudiannya memeriksa pula biliknya dan mendapati wang tunai yang disimpan di dalam laci hilang dipercayai dicuri suspek.

"Antara yang hilang ialah wang tunai berjumlah RM8,000, SG$5,000 dan £7,500. Kesemua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM64,000," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus