Nik Omar lepas jawatan Yang Dipertua Yadim

E-mel Nik Omar seperti yang tular di media sosial.
E-mel Nik Omar seperti yang tular di media sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Nik Omar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) lima bulan lebih awal daripada kontraknya yang berakhir Disember depan.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa semalam. Perkara itu dimaklumkannya menerusi e-mel dipercayai dihantar kepada kakitangan Yadim yang kemudiannya tular di media sosial.

Menerusi e-mel tersebut, Nik Omar memaklumkan bahawa semalam merupakan hari terakhirnya di Yadim.

"Adalah dimaklumkan hari ini merupakan hari terakhir saya di Yadim. Alhamdulillah a'la kulli hal," katanya.

Beliau juga turut memohon maaf atas kekhilafan sepanjang mengemudi Yadim.

"Saya harap kakitangan Yadim dapat meneruskan usaha bakti dalam meneruskan dakwah yang merangkumi aspek kehidupan," katanya.

Pada 14 Disember 2018, Yadim mengumumkan perlantikan Nik Omar bagi menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh jawatannya pada 31 Oktober.

Perlantikan Nik Omar yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibuat mengikut Klausa 8(c) Perlembagaan Yadim yang memberi kuasa pelantikan Yang Dipertua Yadim serta timbalannya kepada keputusan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Kontrak lantikan Nik Omar adalah selama dua tahun dan berakhir Disember depan.