Anak melecur badan, Iesya Toh kesal dikecam netizen

A
A

PENGACARA Iesya Teoh berkongsi situasi panik apabila anak sulungnya, Harraz Daiyan, 2, melecur badan kerana terkena air panas semalam.

Menurut Eisya menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagramnya, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan berpunca daripada kecuaiannya sendiri yang tidak sengaja meletakkan bekas air panas berisi botol susu yang dicuci di tempat yang rendah.

“Memang tak sangka benda terjadi. Kebiasaan letak air panas sepenuh botol susu dia lepas cuci. Pak Sheikh (Anak) dengan laju tiba-tiba capai. Habis terkena badan.

“Even berbaju tapi mommy sangat tak tahu tau air panas tu boleh jadi sampai macam ni. Yes mommy tak ada pengalaman dalam famili yang terkena. Air panas je kata dalam hati.

“Sempat marah Pak Sheikh dan sebut ‘hah itulaa main lagi. Dia nak peluk, mommy mengelak.. lepas tengok dia lain macam, mommy bukak baju. Ya Allah.. ya Allah.. memang panik,” kongsinya.

Melihat keadaan itu, kata Eisya, dia terus mencapai bedak dan tepung untuk meredakan kesakitan anaknya sebelum bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Moral of the story buat kami, terutamanya untuk anak lelaki yang sangat lasak, tak boleh letak air panas atau minyak panas dan segala benda tajam kat tempat diaorang boleh capai. Even sekejap!!!!

“Ya Allah, kalau abah ada ni, mesti abah marah tak jaga cucu abah dengan baik. Mommy minta maaf Harraz,” luah Iesya yang tidak henti menyalahkan dirinya.

Difahamkan Irsya telah membuat rawatan susulan untuk anaknya di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara dan doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut melecur pada tahap‘second degree burn’.

Bagaimanapun tambah Iesya lagi, anaknya kini dalam keadaan yang baik dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Menerusi posting terbaharunya hari ini, Iesya meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak menuduhnya tidak tahu menjaga anak sehingga berlaku kejadian yang tidak diiingini.

“Setiap kali pejam mata terbayang kejadian air panas tu, setiap kali itulah akan jadi banyak ‘kalau laaa aku tak ini, tak itu...’ Mommy tak kuat tengok awak macam ni sayang.

“Mommy tak putus doa untuk awak berdua, agar dilindungi Allah dari bala, bencana dan kemalangan setiap hari.. Semua ada hikmah. Allah maha mengetahui..

“Ada kata ‘orang yang anak 10 OK je jaga, kau ni mak yang cuai’ ya.. Saya baca dan tambah sedih! Sampai tak nak tengok diri sendiri! Terima kasih kerana ‘membantu’.

“Semua bersebab yang mana-mana ibu pun tak mahu jadi. Harraz Daiyan nangis bila pain killer dah abis. Tolong doakan Harraz ya,” tulis Iesya.