Pensyarah dan guru bimbang status pendidikan Hong Kong

Beberapa pelajar sekolah tinggi menyertai satu bantahan pada 12 September 2019. - Foto AFP
Beberapa pelajar sekolah tinggi menyertai satu bantahan pada 12 September 2019. - Foto AFP
A
A
A

UNDANG-undang baru keselamatan China mencetuskan perasaan ketakutan di sekolah-sekolah dan universiti di Hong Kong dengan ramai guru berasa bimbang berhubung reputasi pulau itu dalam bidang kebebasan akademik dan kecemerlangannya yang kini berada dalam keadaan bahaya.

Hanya seminggu selepas undang-undang itu dilaksanakan, kakitangan-kakitangan di beberapa buah institusi telah diberikan amaran oleh pihak pentadbiran masing-masing supaya menjadi lebih berhati-hati tentang cara mereka mengajar pelajar.

"Kekal berada dalam keadaan neutral dalam pengajaran anda dan kawal bahasa yang anda gunakan," kata satu kenyataan menerusi e-mel kepada HKU SPACE iaitu sebuah kolej yang mempunyai hubungan dengan Universiti Hong Kong (HKU).

"Sebarang kelakuan yang membangkitkan perbincangan lanjut mengenai isu-isu sensitif perlu dielakkan," tambah e-mel daripada pengarah fakulti program kemanusiaan dan undang-undang.

E-mel itu berakhir dengan satu amaran mengenai toleransi sifar terhadap politik atau pandangan politik peribadi ke dalam bilik mengajar.

"Ini mungkin merupakan sebahagian kebimbangan tulen untuk para kakitangan tetapi ia menjerut kebebasan berucap tanpa kerajaan perlu mengangkat sebatang jari," kata seorang pensyarah yang enggan namanya dikenali.

Dalam satu kenyataan, HKU menyatakan e-mel itu merupakan 'komunikasi peribadi' dan bukannya rasmi tetapi menambah bahawa bilik mengajar perlu menjadi sebuah ruang politik yang neutral dengan pelajarnya menumpukan kepada pembelajaran akademik.

Hong Kong mempunyai beberapa sekolah dan universiti terbaik di Asia sekali gus menjadi sebuah kampus terbuka tentang budaya analisis kritikal dan subjek yang tidak diajar di Tanah Besar China.

Artikel Berkaitan:

Ia berbeza dengan China yang sebahagian sistem pendidikannya dikawal.

Para pemimpin China telah menjelaskan bahawa mereka berpandangan sistem pendidikan Hong Kong sebagai salah sebuah faktor di belakang protes pro-demokrasi yang besar dan kadangkala dicemari dengan keganasan.

Gambar fail menunjukkan murid-murid di sebuah sekolah di Hong Kong. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan murid-murid di sebuah sekolah di Hong Kong. - Foto AFP

Mereka mengarahkan pihak bandar raya Hong Kong menanam semangat patriotik dan memastikan undang-undang baru keselamatan dipatuhi.

Ketua pendidikan Hong Kong telah melarang para pelajar menyanyikan lagu protes yang popular, Glory to Hong Kong manakala perpustakaan sekolah dan awam menarik keluar buku-buku yang mungkin melanggar undang-undang baru.

Pada satu sidang akhbar pada sidang kemuncak pendidikan pada minggu lalu, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata, sekolah-sekolah dan universiti-universiti telah dipolitikkan.

"Pasukan anti-kerajaan pusat dan anti-kerajaan cuba untuk menyusup kampus kita," tambahnya.

Beliau berkata, kemarahan para pelajar turut berpunca daripada 'laporan media yang negatif mengenai negara kami'.

Ahli-ahli politik pro-Beijing juga mencadangkan supaya kamera dipasang di bilik-bilik darjah untuk mengawasi guru-guru.

"Kebebasan akademik tidak boleh mengatasi undang-undang dan memberikan alasan kepada para pelajar melakukan apa yang mereka mahukan," kata seorang anggota Kabinet, Tommy Cheung yang turut menganggotai majlis Universiti Cina Hong Kong (CUHK) kepada AFP.

Ketika ditanya mengenai idea kamera di dalam bilik darjah, beliau menjawab: "Jika anda tidak menyatakan sebarang perkara jadi kenapa anda takut untuk didengari kemudian kenapakah anda takut dirakamkan?"

Definisi China mengenai keselamatan negara melampaui konsep ancaman standard seperti keganasan dan serangan tentera dan ia kerap digunakan untuk menghapuskan kritikan dan domestik di Tanah Besar.

Buku-buku yang melanggar undang-undang keselamatan baru dibenarkan dibaca di perpustakaan awam Hong Kong. - Foto AFP
Buku-buku yang melanggar undang-undang keselamatan baru dibenarkan dibaca di perpustakaan awam Hong Kong. - Foto AFP

Bagaimanapun, versi di Hong Kong mengandungi banyak ayat yang kabur termasuk menentang mengenai pencetusan kebencian terhadap kerajaan.

Sebagai hasilnya, sebahagian guru menyatakan mereka telah pun berasa bimbang sudah melampaui garisan merah.

"Adakah kita mendukung pendekatan pemikiran kritikal atau kita menurut garis rasmi untuk keselamatan yang lebih baik," kata Benson Wong iaitu seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Hong Kong.

Seorang guru sejarah di sebuah sekolah antarabangsa berkata, beliau sudah mengelak meminta para pelajarnya menulis esei tentang topik yang kontroversi.

"Ragam undang-undang keselamatan kebangsaan direka untuk menakutkan dan mematahkan perbincangan kerana seseorang tidak tahu bila mereka akan melangkaui garis," katanya kepada AFP.

"Kajian sosial dan sejarah yang sebenar adalah tidak tentang mengingati sebuah cerita atau mampu meluahkan satu mitos kebangsaan," tambahnya. - AFP