JKM cari ibu Naim Najmi

Muhammad Naim Najmi berusia 1 tahun 11 bulan ditinggalkan kepada sebuah keluarga di Kampung Sungai Senam, Sik pada Februari 2018.
Muhammad Naim Najmi berusia 1 tahun 11 bulan ditinggalkan kepada sebuah keluarga di Kampung Sungai Senam, Sik pada Februari 2018.
A
A
A

SIK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 11 bulan yang ditinggalkan kepada sebuah keluarga di Kampung Sungai Senam di sini pada Februari 2018.

Pelindung Kanak Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Syarol Anwar Adnan berkata, pihaknya sedang mengesan waris kepada Muhammad Naim Najmi Abdullah yang kini berada di Rumah Perlindungan JKM.

Ketika kejadian, katanya, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah sebuah keluarga yang kemudian menghubunginya JKM untuk tindakan lanjut.

"Kita telah cuba mengesan ibunya yang dikenali sebagai Zurainne A Hamid yang beralamat terakhir di Kampung Bakar Arang, Sungai Petani," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, kali terakhir ibu kandung kanak-kanak itu dijumpai ialah pada September 2019.

"Usaha mengesan warisnya menemui jalan buntu. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik di talian 04-4690230," katanya.

Artikel Berkaitan: