Pukul ibu kandung, lelaki ditahan polis

Lelaki yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mayang, Kelana Jaya hari ini.
Lelaki yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mayang, Kelana Jaya hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang lelaki kerana cuba memukul ibu kandungnya dalam kejadian di rumahnya di Taman Mayang, Kelana Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 40 tahun itu yang juga penagih dadah itu ditahan untuk bantu siasatan selepas sebuah video memaparkan seorang lelaki mengherdik wanita yang dipercayai ibunya.

"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Kita turut merampas peralatan yang disyaki untuk menghisap dadah.

"Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee berkata, semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod berhubung kes dadah dan satu rekod sakit mental.

"Lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Terdahulu, perbuatan seorang lelaki tular apabila satu rakaman video berdurasi 21 saat mengenainya tersebar di media sosial sejak semalam sehingga menerima kecaman netizen.

Artikel Berkaitan: