11 pekerja warga asing miliki kad pengenalan palsu ditahan

Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam hari ini.

Menurut kenyataan JPN, operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima mengenai terdapat pekerja di kilang tersebut menggunakan kad pengenalan palsu.

"Objektif operasi ini bertujuan mencegah dan membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri," menurut JPN berhubung operasi yang disertai 20 anggota penguatkuasa JPN itu.

JPN turut mengingatkan pihak pengurusan kilang supaya memastikan mereka yang diambil bekerja mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"JPN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati terbabit dalam kegiatan sebegini," kata JPN sambil memaklumkan operasi penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan. - Bernama

Artikel Berkaitan: