X

Kindly register in order to view this article
!

Saya kehilangan seorang sahabat: MB Perak

Mohd Khusairi Abdul Talib
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Perak.

Beliau berkata, Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu yang meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang hari ini.

Ahmad Faizal turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian atas pemergiannya secara mengejut itu.

"Bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan Perak, saya dengan penuh hiba dan dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau pada hari ini.

"Saya juga kehilangan seorang sahabat yang telah saya anggap sebagai saudara kandung sendiri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Slim meninggal dunia

Terdahulu, berita kematian Mohd Khusairi tular di laman sosial yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setelah menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!