Polis Marin rampas rokok seludup

Rokok yang dijumpai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Jati, Pandamaran, Klang semalam.
Rokok yang dijumpai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Jati, Pandamaran, Klang semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pelabuhan Klang merampas pelbagai jenis rokok seludup dianggarkan bernilai RM58,129 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Jati, Pandamaran, Klang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, turut dirampas ialah kenderaan Toyota Corolla dan wang tunai berjumlah RM4,000 dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu.

"Sebelum itu, kita telah menahan sebuah kereta. Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai disimpan dalam but kenderaan.

"Hasil soal siasat ke atas pemandu kenderaan berkenaan, kita telah menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok. Kita turut menemui rokok pelbagai jenis yang disimpan di dapur rumah tersebut," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Rosman berkata, tiga lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 135(1)(d )Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: