Mata kail tertusuk bibir

Bibir bawah Muhammad Syafiq tertusuk mata kail ketika bermain dengan rakan, petang semalam.
Bibir bawah Muhammad Syafiq tertusuk mata kail ketika bermain dengan rakan, petang semalam.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang kanak- kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila bibir bawahnya tertusuk mata kail, petang semalam.

Ketika kejadian, Muhammad Syafiq Iskandar Syaipuliswadi, 9, sedang bermain dengan rakan tidak jauh dari rumahnya sebaik pulang dari Kelas Fardu Ain.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nur Amira Yaakob, 31 dari RPT Sungai Sok berkata, dia pula berada di dapur untuk menyiapkan juadah makan malam.

"Ketika itu juga emak panggil suami dari luar rumah untuk melihat keadaan anak, pada masa sama kedengaran suara riuh rendah di luar rumah, pelik dengan bunyi bising saya bergegas keluar.

"Alangkah terkejutnya saya lihat anak menangis sambil meronta menahan kesakitan, selepas itu baharu nampak mata kail pada bibirnya," katanya.

Katanya, dia tergamam melihat mata kail tertusuk pada bibir anak sulung dari tiga beradik itu.

"Anak terus meronta menahan sakit, melihatkan mata kail yang susah tertusuk hingga tembus ke bahagian dalam bibir kami yakin sukar untuk menariknya keluar.

"Tanpa tanpa berlengah saya dan suami membawa anak ke Hospital Kuala Krai untuk membuang mata kail," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nur Amira berkata, sebaik tiba di hospital anaknya di bawa masuk ke wad kecemasan.

"Syukur, mata kail berjaya dikeluarkan, tapi anak demam, mungkin terkejut dengan kejadian petang semalam," katanya.