X

Kindly register in order to view this article
!

Projek pembangunan di Terengganu diteruskan kerajaan PN

Dr Ahmad Samsuri
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua projek pembangunan negeri yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan di bawah pentadbiran kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini tiada perubahan dimaklumkan oleh kerajaan pusat terhadap projek yang telah diluluskan dan ia akan berjalan seperti dijadual.

"Ia merupakan keputusan yang positif kepada kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan aplikasi TRDI di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Aplikasi TRDI ialah platform dalam talian yang dibangunkan bagi menyalurkan maklumat terkini, benar dan tepat berkaitan kerajaan negeri kepada rakyat.

Ahmad Samsuri berkata, aplikasi TRDI yang boleh dimuat turun melalui 'Google Playstore' dan 'App Store' akan berfungsi sebagai arkib mengandungi pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, sosial, agama, komuniti dan sebagainya yang akan memudahkan pihak kerajaan negeri menjawab persoalan atau isu dibangkitkan rakyat.

"Dalam dunia digital penting dan menjadi tuntutan kepada kerajaan negeri dan agensi-agensi untuk mengambil inisiatif baharu dalam usaha menyampaikan maklumat (kepada rakyat),” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!