Dua lelaki ditahan perlekeh Hari Jawi

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung komen mereka di media sosial berkaitan Hari Jawi pada setiap Jumaat yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 25 tahun dan 35 tahun itu ditahan semalam dan hari ini.

"Mereka masing-masing ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth, Pulau Pinang dan kita masih mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Zulkifli sebelum ini mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Susulan pengumuman itu, beberapa netizen memuat naik komen yang menghina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.

Artikel Berkaitan: