Saidi mengaku serah RM6.5 juta kepada Rosmah: Saksi

Rosmah - Foto fail
Rosmah - Foto fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi diberitahu saksi pendakwaan ke-16, Rayyan Radzwill Abdullah bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin mengakui beliau ada menyerahkan RM6.5 juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Rayyan berkata, bayaran itu dilakukan oleh Saidi dalam dua penyerahan berasingan dan jumlahnya dimaklumkan kepadanya oleh Saidi selepas pembayaran dibuat.

Dalam pernyataan saksinya, Rayyan berkata, bayaran pertama berjumlah RM5 juta dibuat melalui bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor pada Disember 2016 sebagai sumbangan kepada Rosmah 'seperti yang telah dijanjikan' kerana membantu Jepak mendapatkan surat setuju terima (SST) bagi projek berkenaan.

Rayyan berkata, bayaran kali kedua pula dibuat pada September 2017 ketika Rayyan dan Saidi ke rumah Rosmah di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur untuk mengadakan perjumpaan dengan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Setibanya di sana, Rizal Mansor membawa mereka ke salah satu ruang tamu dalam rumah tersebut yang bersofa hijau.

Rayyan memberitahu, setibanya di sana, Rizal Mansor telah membawa Saidi dan dia ke salah satu ruang tamu dalam rumah tersebut.

Menurut Rayyan, dia nampak Saidi dan pemandu peribadi Saidi, Shamsul masuk ke dalam rumah tersebut dan meletakkan dua beg galas berwarna hitam yang mempunyai belang (stripe) oren di tepi sofa di ruang tamu rumah tersebut.

Katanya, selepas meletakkan beg galas tersebut, Shamsul telah keluar dari rumah dan menunggu di ruang tamu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sementara menunggu Rosmah, dia sempat mengambil video persekitaran dalam rumah Rosmah di bahagian ruang tamu.

Rayyan berkata, Saidi memberitahunya Rizal Mansor telah menunjukkan kepada Rosmah kedudukan dua beg galas berkenaan di tepi sofa hijau di ruang tamu.

Katanya, dalam perjumpaan itu Saidi memberitahu Rosmah dia akan memberikan sedikit wang pada masa itu dan bayaran lain akan menyusul berdasarkan bayaran kemajuan projek.

Menurutnya, Rosmah sekadar mengangguk tanda setuju dan mengatakan "okaylah" malah kata Rayyan, Rosmah kelihatan tidak terkejut dengan pemberian tersebut yang diberikan Saidi sebagai tanda terima kasih bagi pemberian projek Solar Hibrid itu.

Kemudian Saidi telah memberikan satu surat cadangan telaga tiub untuk sekolah-sekolah pedalaman Sarawak kepada Rosmah dan meminta bantuan beliau memanjangkan surat tersebut kepada Najib.

Namun menurut Rayyan, Rosmah memberitahu dia tidak dapat bantu Saidi dan meminta Saidi mencari jalan lain untuk berjumpa Najib dan Rosmah juga tidak mengambil surat cadangan yang diberikan oleh Saidi.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung esok.

Rosmah, 68, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah dituduh melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.