X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor tambah baik Skim Insurans Peduli Sihat

Amirudin (empat dari kiri) bersama Mariah (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima skim berkenaan selepas sidang akhbar di Bangunan Annex hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM42 juta bagi menambah baik Skim Insurans Peduli Sihat sebagai salah satu inisiatif menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi penambahbaikan ini, skim berkenaan akan turut memberi perlindungan kesihatan melibatkan Bantuan Pengebumian (RM1,000), Perlindungan Kemalangan Diri (RM5,000), Perlindungan Penyakit Kritikal (RM5,000) dan Insurans Nyawa/Hayat (RM5,000).

Beliau berkata, insurans kesihatan secara universal meliputi 85,000 keluarga ini bertujuan membantu meringankan beban golongan memerlukan khususnya B40 untuk menerima rawatan asas.

"Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di klinik atau hospital kerajaan di samping meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga berpendapatan rendah," katanya ketika sidang akhbar di Bangunan Annex hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan mengagihkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil selewat-lewatnya awal bulan depan.

Menurut beliau, buat masa ini jawatankuasa pendidikan negeri sedang meneliti senarai akhir sekolah yang akan menerima manfaat termasuk bentuk bantuan diperlukan.

“Jawatankuasa pendidikan sedang mengumpul maklumat berkaitan dan bantuan akan diberikan pada hujung Julai atau paling lewat awal Ogos.

“Kerajaan Selangor perlu menstruktur semula bantuan kepada sekolah terlibat susulan penularan koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus