X

Kindly register in order to view this article
!

Durian, petai tak lepas masuk!

Seorang pegawai Maqis memeriksa durian dan petai yang dirampas di pintu masuk ICQS Pengkalan Hulu di sini.
A
A

PENGKALAN HULU - Cubaan membawa masuk 450 kilogram (kg) durian dan 480kg petai dari negara jiran melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu di sini tidak kesampaian apabila dikesan tidak mematuhi peraturan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak, Rozita Superman berkata, kesemua barangan tersebut ditahan menerusi satu operasi yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lalu.

Menurutnya, barangan yang dirampas itu hasil pemeriksaan ke atas empat lori yang ditahan kerana tidak mematuhi syarat sepertimana yang dinyatakan pada permit import Maqis.

"Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Kesemua durian dan petai yang dirampas itu bernilai RM2,565," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lori-lori yang membawa barangan berupa durian dan petai dari negara jiran ditahan di pintu masuk ICQS Pengkalan Hulu di sini.
Lori-lori yang membawa barangan berupa durian dan petai dari negara jiran ditahan di pintu masuk ICQS Pengkalan Hulu di sini.

Sementara itu, Rozita berkata, bagi kesalahan itu, hukuman didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali boleh dikenakan di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Menurutnya, pihak Maqis sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang masuk ke Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar.

Katanya, perkara itu penting dalam memastikan sektor pertanian negara tidak terjejas serta aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan dipatuhi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus