Menara Alor Setar

No Image Caption
A
A
A

Petugas media tidak melepaskan peluang merakam keindahan dari 'Star View' yang terletak di atas mercu tanda ibu negeri Kedah Darul Aman iaitu Menara Alor Setar, hari ini.

Pembinaan pelantar tersebut diilhamkan daripada kewujudan tarikan hampir serupa dikenali sebagai 'Sky Box' yang dibina di 'Sky Deck', Menara Kuala Lumpur.

Terdapat dua pelantar Star View iaitu di bahagian utara dan selatan yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan Bandaraya Alor Setar dari pelbagai arah.

Promosi kemasukan percuma ke dek pemerhati (Observation Deck) yang terletak pada paras ketinggian 88 meter sejak 1 Julai lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. -Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024