Bekalan air Bachok pulih sebelum Aidiladha

Mohd Huzaimy mendengar penerangan daripada Ezze berhubung kerja-kerja membaik pulih yang dilakukan pihaknya bagi mengatasi kerosakan yang berlaku membabitkan penggunaan kira-kira 25,000 penduduk di daerah itu.

A
A
A

BACHOK - Gangguan bekalan air yang dihadapi lebih 25,000 penduduk akibat kerosakan Sistem Chemiless di Loji Rawatan Air Kampung Chap di sini dijangka pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Wakil Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ), Mohd Huzaimy Che Husin berkata, hari ketiga kerja-kerja kecemasan membaik pulih sistem penapisan dan rawatan kini mencapai 75 peratus.

Beliau berkata, notis pemberitahuan gangguan bekalan air dimaklumkan selama 10 hari bermula kelmarin tetapi kerja berkenaan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

“Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan enam lori tangki berkapasiti 9,000 gelen air dan 11 tangki statik berkapasiti antara 500 hingga 2,000 gelen air bagi kegunaan penduduk,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di loji berkenaan hari ini.

Lawatan Mohd Huzaimy ke loji berkenaan dan mendapati kerja baik pulih mencecah 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dua hari lagi.
Lawatan Mohd Huzaimy ke loji berkenaan dan mendapati kerja baik pulih mencecah 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dua hari lagi.

Beliau yang juga ADUN Pantai Irama itu berkata, pihaknya gigih memastikan penyelenggaraan segera dilakukan bagi memastikan penduduk menerima kuantiti air secukupnya.

“Mereka membaiki kerosakan pada struktur penampung pasir yang digunakan untuk menapis dan merawat air di loji berkenaan yang pecah,” katanya.

Dalam pada itu, Jurutera Operasi Loji Kota Bharu/Bachok, Ezze Izani berkata, struktur konkrit penampung pasir berkenaan pecah mengakibatkan bekalan air menjadi tidak bersih dan keruh.

Artikel Berkaitan:

“Punca air diambil dari telaga pengumpul jejari dan membekalkan sejumlah 10 juta liter sehari kepada penduduk di daerah ini.

“Selepas diperbaiki, penduduk di kawasan ini akan menikmati air bersih secara berperingkat,” katanya: