Kebenaran ulang-alik bergantung pematuhan SOP

Hishammuddin ketika bercakap pada sidang akhbar di bilik media Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin ketika bercakap pada sidang akhbar di bilik media Parlimen di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebenaran untuk berulang-alik setiap hari melibatkan kira-kira 250,000 pekerja Malaysia di Singapura akan ditentukan bergantung kepada kadar pematuhan mereka terhadap prosedur operasi standard (SOP) Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, status tersebut akan ditentukan berdasarkan kemampuan negara membendung penularan koronavirus (Covid-19) selepas pintu sempadan dibuka semula kepada kategori RGL dan PCA itu.

"Ia bergantung kepada kemampuan kita untuk menguji.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia-Singapura laksana RGL, PCA mulai 10 Ogos

"Sekiranya SOP kategori satu dan dua berjalan lancar maka kita mempunyai peluang cerah untuk berunding dengan kerajaan Singapura," katanya pada sidang akhbar di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin turut menjelaskan, kategori tiga iaitu mereka yang berulang-alik pada setiap hari dan kategori keempat iaitu sempadan negara dibuka terus adalah sedikit komplikasi dalam keadaan semasa.

"Pun begitu kita fikirkan yang terbaik," katanya.

Katanya, perancangan itu dijalankan secara berperingkat dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan ekonomi kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam memaklumkan sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka kepada kategori RGL dan PCA bermula 10 Ogos ini.