X

Kindly register in order to view this article
!

Penjawat awam Pahang terima bantuan khas RM500

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.

Penerima bantuan khas itu melibatkan penjawat awam gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke bawah.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran akan dibuat esok membabitkan peruntukan kira-kira RM4 juta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pagi ini.

"Pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2020 yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu.

"Saya juga meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri untuk meneladani serta membuat pembayaran yang sama," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, diharap bantuan itu dapat membantu penjawat awam dalam membuat persediaan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha penghujung bulan ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!