X

Kindly register in order to view this article
!

Penjara 20 tahun, denda RM150,000 menanti pemandu mabuk

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu mabuk bakal berdepan peningkatan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 selepas Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan akta berkenaan juga turut membabitkan hukuman berbeza antara pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut dan kemalangan sahaja.

Sebelum ini, kadar hukuman maksimum penjara ialah 15 dan denda maksimum ialah RM6,000.

Ka Siong berkata, kerajaan serius menangani isu berkaitan pemandu mabuk.

"Kita bukan ambil hak orang lain minum minuman keras tetapi tidak mahu mereka mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Shahidan meminta kerajaan memberikan gambaran awal hukuman lebih berat dijangka dikenakan terhadap pemandu mabuk susulan pindaan Akta 333 dilaksanakan kelak.

Dalam perkembangan lain, Ka Siong turut menegaskan Kabinet bersetuju meluluskan rangka cadangan memperluaskan bidang penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak terhad kepada polis semata-mata.

Menjawab soalan tambahan Anthony Loke Siew Fong (DAP-Seremban), susulan jumlah kematian akibat pemandu mabuk yang dicatatkan sebanyak 12 kes sepanjang tahun ini, kerajaan melihat keperluan menguatkuasakan undang-undang menangkap pemandu mabuk turut diperluaskan kepada JPJ.

"Kita lihat polis menjalankan tugas dengan baik, mengapa tidak kita meluaskan pelaksanaan bidang penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk kepada JPJ?

"Oleh itu, Kabinet bersetuju meluluskan penguatkuasaan kepada JPJ.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!