KPM berpuas hati sekolah ikut SOP

Radzi ketika ditemui pada lawatan beliau di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah hari ini.
Radzi ketika ditemui pada lawatan beliau di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (sop) yang dilakukan pihak pengurusan sekolah di semua sekolah ketika sesi pembukaan semula hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tinjauan beliau di beberapa sekolah mendapati semua pihak iaitu guru, pelajar dan ibu bapa memahami sepenuhnya SOP yang dikeluarkan.

"Saya juga berharap SOP akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan kita dapat memutuskan Covid-19.

"Walaupun ada penjarakan tetapi semua sekolah yang dibuka hari ini dapat menampung pelajar tanpa perlu mengadakan dua sesi," katanya kepada pemberita semasa meninjau Sekolah Kebangsaan Batu Gajah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, masih ada beberapa lokasi sekolah terutamanya di Sarawak masih belum dibuka atas nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun sekolah baru dibuka namun Radzi memberitahu, beliau yakin pelajar yang baru memulakan sesi dapat menyesuaikan diri sebaik dengan normal baharu.

Artikel Berkaitan: