UPSI anjur wacana sejarah landskap Perak

Dr Mohd Hairy (dua dari kanan) bersama panel, Dr Safry Kamal dalam wacana yang diadakan secara dalam talian, 9 Julai lalu.
Dr Mohd Hairy (dua dari kanan) bersama panel, Dr Safry Kamal dalam wacana yang diadakan secara dalam talian, 9 Julai lalu.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Buat pertama kali Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan wacana ilmu menampilkan Orang Besar Jajahan Muallim, Datuk Ir Dr Safry Kamal Ahmad sebagai panel.

Wacana yang diadakan secara dalam talian melalui platform 'Zoom Webinar' pada 9 Julai lalu itu mengetengahkan perkongsian Sejarah Lanskap Pembangunan Negeri Perak sejak 1874 hingga 2015.

Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata, sebagai antara daerah baharu di Perak, pembangunan Muallim perlu dilakukan secara menyeluruh bukan sahaja aspek fizikal tetapi mempunyai roh keilmuan selari kedudukannya sebagai bandar ilmu.

Menurutnya, pengalaman Dr Safry Kamal sebagai bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak banyak membantu dalam pemahaman mengenai usaha berkenaan.

Dr Safry Kamal (kanan) sebagai panel berkongsi Sejarah Lanskap Pembangunan Negeri Perak sejak 1874 hingga 2015.
Dr Safry Kamal (kanan) sebagai panel berkongsi Sejarah Lanskap Pembangunan Negeri Perak sejak 1874 hingga 2015.

"Beliau dapat menyampaikan maklumat lebih tepat berhubung latar belakang pembangunan infrastruktur negeri Perak, keperluan sejarah penyediaan infrastruktur, latar belakang sejarah dan rumusan pencapaian negeri Perak sehingga kini.

"Rumusan penemuan utama mengikut tiga aspek pembanguna iaitu dari sudut pembangunan ekonomi, pembangunan fizikal dan pembangunan sejahtera negeri Perak," katanya.

Beliau berkata, wacana berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan hampir 450 penyertaan kalangan pelajar, ahli akademik serta penyelidik NGO dan bebas.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap penganjuran wacana seperti ini dapat meningkatkan minat dan cintakan sejarah negara terutama dalam kalangan belia," katanya.

Wacana yang berlangsung selama dua jam setengah itu dipengerusikan Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin.