X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita Tunisia hina al-Quran dijel enam bulan, denda

Emna Charki dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda 2,000 dinar (RM3,026) kerana menghina al-Quran. - Foto AFP
A
A

TUNIS - Seorang wanita muda Tunisia dihukum penjara enam bulan pada Selasa lalu berhubung satu parodi di laman sosial Facebook kerana mengaitkan al-Quran dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Sebuah mahkamah di Tunis mendapati Emna Charki, 27, bersalah kerana mengaibkan agama, menghasut dan menyebarkan kebencian pada 4 Mei lalu berhubung hantaran di Facebooknya berjudul Surah Korona sekali gus mengajuk al-Quran berhubung Covid-19.

"Tidak ada perbezaan antara raja dengan hamba, ikuti sains dan abaikan tradisi," kata satu hantaran di laman Facebook.

Charki mempunyai masa 10 hari untuk membuat rayuan dan didenda sebanyak 2,000 dinar (RM3,026).

Memakai baju T merah yang memaparkan gambar pejuang Revolusi Cuba, Che Guevara, dia memberitahu pemberita, satu rayuan akan dikemukakannya bagi menentang hukuman tidak logik itu.

"Di dalam sebuah negara bebas yang mana perlembagaan menjamin kebebasan bersuara dan hak-hak wanita, mereka mengutuk saya, seorang wanita yang bebas menurut kepercayaan saya," tambahnya. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!