Penyerang bersiri tikam wanita di Norway

Gambar fail menunjukkan seorang anggota polis berkawal di sebuah stesen kereta api di Oslo, Norway. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang anggota polis berkawal di sebuah stesen kereta api di Oslo, Norway. - Foto AFP
A
A
A

OSLO - Polis Norway menyatakan seorang individu ditangkap selepas beberapa wanita ditikam di Sarpsborg, salah seorangnya meninggal dunia di selatan bandar raya ini.

Sebelum tengah malam Selasa lalu, polis Norway di Twitter menyatakan bahawa ia menerima laporan bahawa beberapa orang ditikam di pelbagai tempat di Sarpsborg.

Pihak berkuasa kemudian menyatakan tiga wanita ditikam dengan dua daripadanya mengalami kecederaan parah dan seorang individu telah ditangkap.

Beberapa media melaporkan, salah seorang wanita itu meninggal dunia akibat cedera ditikam.

Menurut stesen media NRK, seorang mangsa tikaman melaporkan mengenali penyerang dan seorang individu ditangkap di sebuah kawasan yang tidak didedahkan di tengah Sarpsborg.

Motif kejadian tidak diketahui tetapi menurut akhbar tempatan iaitu Sarpsborg Arbeiderblad, suami kepada salah seorang mangsa menyatakan penyerang tersebut telah datang ke rumahnya.

"Kami sedang menonton televisyen dan kemudian dia mula mengetuk pintu. Apabila saya membuka pintu, dia cuba menikam tetapi saya berjaya mengelakkan diri," kata si suami kepada akhbar berkenaan.

Selapas itu, lelaki tersebut memasuki kediaman tersebut dan mengerat lengan isterinya. - AFP

Artikel Berkaitan: