X

Kindly register in order to view this article
!

117,050 pelajar di Terengganu mula bersekolah hari ini

Salim (kiri) berkata sesuatu kepada murid SK Seri Budiman ketika meninjau hari pertama persekolahan hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU – Seramai 117,050 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Salim Ab Ghani berkata, jumlah tersebut melibatkan 75,168 pelajar sekolah menengah dan 41,882 murid Tahun Lima dan Enam sekolah rendah meliputi 504 sekolah.

"Setakat ini, saya nampak pihak sekolah patuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dengan baik.

“Cuma kita harap ibu bapa dapat beri kerjasama untuk memastikan anak-anak mempunyai maklumat betul tentang langkah pencegahan ketika di luar kawasan sekolah kerana ia di luar kawalan guru-guru,” katanya.

Salim (kanan) meninjau hari pertama persekolahan di SK Seri Budiman di sini hari ini.
Salim (kanan) meninjau hari pertama persekolahan di SK Seri Budiman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman hari ini.

Sesi persekolahan berjalan lancar mengikut garis panduan SOP ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pemeriksaan suhu murid sebelum masuk kawasan sekolah, pemakaian topeng muka dan amalan penjarakkan sosial.

Salim berkata, baki 85,784 murid Tahun Satu hingga Empar pula akan mula bersekolah pada 22 Julai nanti.

Katanya, beberapa sekolah lain seperti sekolah berasrama penuh, sekolah sukan akan mulakan sesi persekolahan pada 3 Ogos nanti melibatkan lebih 7,400 pelajar.

“Saya harap sekolah dapat melakukan persiapan sebaik mungkin menerima kemasukan semua murid pada 22 Julai ini dan bermula 3 Ogos nanti semua sekolah di Terengganu beroperasi seratus peratus dalam suasana normal baharu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!