X

Kindly register in order to view this article
!

Kerja tambah baik aset kritikal LRA SSP3 siap sepenuhnya

Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) yang bermula jam 9 pagi semalam siap sepenuhnya jam 11 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pihaknya kini sedang mengaktifkan semula sistem LRA SSP3.

Menurutnya, proses pemulihan bekalan air akan berlaku secara berperingkat seperti yang dijadualkan bermula jam 9 pagi hari ini sehingga jam 5 petang Jumaat ini.

"Air Selangor menasihatkan pelanggan terjejas supaya menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan air berjadual kerana bantuan bekalan ke kawasan perumahan hanya akan bermula esok.

"Ketika ini lori tangki Air Selangor berada di premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari masa ke masa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Semalam Air Selangor memaklumkan pihaknya menempatkan sebanyak 82 tangki statik di sekolah, klinik kesihatan dan pusat dialisis bagi memastikan aktiviti harian di semua institusi tersebut dapat diteruskan seperti biasa.

Turut digerakkan sebanyak 93 lori tangki air ke 82 premis kritikal termasuk hospital dan pusat dialisis di sekitar wilayah yang terjejas.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan lebih 472,000 pemilik akaun di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat mengalami gangguan air berjadual selama empat hari bermula semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus