'Armada, jangan hina UMNO'

MOHD ARIFF
MOHD ARIFF
A
A
A

IPOH - Pemuda UMNO Perak mengingatkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak mengeluarkan kenyataan menghina parti itu.

Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid berkata, tindakan Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menuduh sesetengah pemimpin UMNO sebagai dangkal dan jumud tidak kena tempat.

Beliau berkata, Bersatu perlu sedar bahawa kelahiran mereka merupakan serpihan daripada parti UMNO itu sendiri, malah kebanyakan ahli Bersatu merupakan ahli UMNO sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Hafez yang membidas kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menyamakan Bersatu seperti Semangat 46.

Mohd Ariff berkata, Armada Bersatu Perak dan kepimpinannya perlu bermuhasabah sebelum mengeluarkan kenyataan memperlekeh pimpinan UMNO.

"Fahami isu sebelum menuduh pihak lain sebagai dangkal dan jumud. Fahami dahulu maksud dangkal dan jumud. Akui hakikat kelangsungan hayat politik Bersatu di hujung 'tanduk' jika tiada tangan sahabat-sahabat daripada UMNO dan Pas.

"Tidak perlu menghina kami di dalam UMNO kerana kerajaan yang ada sekarang juga belum tentu kukuh tanpa kami. Saudara (Mohd Hafez Mubin) juga belum tentu berada pada kedudukan sekarang tanpa sokongan kami kepada Menteri Besar Perak," katanya.

Sebelum ini, Saarani dalam kenyataannya mencadangkan agar Bersatu dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 setelah dibubarkan pada tahun 1996.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan samakan Bersatu dengan Semangat 46'