'Tiada insiden liwat seperti didakwa'

Kes liwat yang tular di Facebook sejak semalam.
Kes liwat yang tular di Facebook sejak semalam.
A
A
A
SUNGAI PETANI - Polis menafikan berlakunya kes liwat melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun di sebuah kawasan perumahan di sini sebagaimana tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis telah merakam percakapan pemilik akaun Facebook bersama adiknya yang mendakwa ternampak kejadian.

Menurutnya, polis juga berjaya mengesan suspek berusia 17 tahun dan mangsa serta rakannya berusia tujuh tahun di mana suspek dan mangsa saling mengenali.

"Berdasarkan percakapan pemilik akaun Facebook, kejadian berlaku sekitar 7 malam membabitkan seorang lelaki dilihat seolah-olah telah meliwat kanak-kanak setelah ternampak seluarnya terlondeh.

"Mereka terus menyembunyikan hon menyebabkan suspek dan mangsa melarikan diri," katanya.

Adzli berkata, menerusi kenyataan mangsa, dia sedang bermain bersama rakan sebelum didatangi suspek.

"Suspek cuba bermain bersama, namun mangsa enggan menyebabkan suspek menarik seluar mangsa hingga terlondeh.

"Akibat kejadian itu, mangsa dan rakannya bertindak menumbuk suspek sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Adzli, kenyataan itu disokong oleh rakan mangsa sendiri.
Artikel Berkaitan:


"Semasa keterangan diambil, bapa mangsa turut hadir dan tiada insiden liwat seperti didakwa," katanya.

Dalam pada itu, katanya, suspek juga dipanggil dan mendapati remaja itu berstatus orang kurang upaya (lembam).

"Suspek juga mengakui insiden yang diceritakan mangsa dan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," katanya.