Jumlah mangsa banjir di Johor menurun malam ini

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di empat daerah di Johor menurun kepada 765 mangsa daripada 197 keluarga yang kini berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini.

Berbanding dengan pada tengah hari tadi, seramai 1,140 mangsa daripada 303 keluarga berada di 16 PPS yang dibuka.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, penurunan jumlah mangsa banjir setelah lima PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sri Amar Diraja, SMK Sg Abong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Satu di Muar; Dewan Serbaguna Penghulu Long (Tangkak) dan SK Belokok (Pontian) ditutup.

“Sehingga 8 malam ini, hanya satu PPS masih beroperasi di Batu Pahat menempatkan seramai 15 mangsa daripada empat keluarga.

"Di Pontian pula, terdapat dua PPS menempatkan 143 mangsa daripada 42 keluarga; Tangkak (dua PPS menempatkan 67 mangsa daripada 10 keluarga) dan Muar (enam PPS dengan 540 mangsa daripada 141 keluarga,” kata beliau menerusi satu kenyataan di sini.

Vidyananthan berkata, berdasarkan laporan pihak berkuasa, terdapat beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan ekoran cuaca yang cerah hari ini.

Bagaimanapun, pemantauan akan diteruskan terhadap kawasan-kawasan berisiko banjir.- Bernama

Artikel Berkaitan: