Covid-19: Kluster Novgorod catat dua kes positif

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media harian berkaitan penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kluster Novgorod mencatat pertambahan dua kes positif koronavirus (Covid-19), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan lima kes aktif bagi kluster berkenaan.

"Satu kes baharu yang dikesan merupakan kontak rapat kepada kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8673) manakala satu lagi pula kes import baharu yang dilaporkan hari ini," katanya.

Menurutnya, kes baharu (kes ke 8727) tiba di negara ini semalam dan dikesan positif semasa ujian RTK-Antigen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati dia merupakan kontak rapat kes ke-8673 dan kes ke-8718 di Novgorod, Rusia," kata beliau lagi.

Beliau berkata, tiga kes positif sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dua dirawat di Hospital Melaka.

"Seorang yang dirawat di Hospital Melaka diletakkan di unit rawatan rapi," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, setakat jam 12 tengah hari, seramai 22 orang telah disaring dan 17 daripadanya didapati negatif.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu katanya, KKM sedang menyiasat punca jangkitan tersebut.