X

Kindly register in order to view this article
!

Kes demam denggi naik semula

A
A

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 357 kes iaitu 3,188 kes bagi bulan Jun berbanding 2,831 kes pada Mei tahun ini.

Exco Kesihatan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bagaimanapun, rekod itu dilihat mencatatkan penurunan berbanding Januari lalu yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 9,415.

"Statistik dicatatkan pada Januari ialah 9,415, Februari (6,797 kes), Mac (4,782 kes), April (3,118 kes), Mei (2,831 kes) dan Jun (3,188 kes).

"Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes menunjukkan sedikit penurunan terutama pada bulan April iaitu sebanyak 3,118 kes dicatatkan berbanding bulan lain," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai bilangan kompaun, Dr Siti Mariah memaklumkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merekodkan bilangan kompaun tertinggi yang dikeluarkan berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain.

"Sebanyak 819 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kediaman dan premis perniagaan kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merekodkan jumlah tertinggi dengan 385 kompaun, Majlis Perbandaran Klang (156) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (135)," kata beliau lagi.

Tambah beliau, operasi akan terus dijalankan dari masa ke masa dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang enggan memberi kerjasama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!