X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor beri semula wang khairat kematian

Datuk Seri Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Selangor akan melaksanakan semula pemberian wang khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bermula tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program ini bukan ditamatkan sebelum ini sebaliknya ia dalam proses penjajaran semula.

"Program ini tidak dihentikan seperti mana didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia sedang dilaksanakan penjajaran semula.

"Kerajaan negeri sentiasa menghargai rakyat negeri ini dengan menyalurkan bantuan, yang masih hidup diberi bantuan baucar Jom Shopping dan apabila sudah meninggal, keluarga akan diberi wang khairat untuk menguruskan jenazah biarpun tidak sebanyak seperti dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Idris Ahmad (PKR- Ijok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

SMUE bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM 2,500.

Bermula pada 1 Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM100 setahun kepada warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada Oktober 2019.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus