X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: WHO gesa Indonesia tingkat ujian PCR

Kes Covid-19 di Indonesia meningkat sebanyak 1,282 dalam sehari jumlah keseluruhan kini 76,981
A
A

JAKARTA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Indonesia menjalankan lebih banyak ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) kepada mereka yang disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19), berikutan lonjakan jumlah kematian dalam kalangan pesakit di bawah pengawasan dan pemerhatian, lapor agensi berita Xinhua.

Pertubuhan itu menghargai usaha Indonesia meningkatkan jumlah ujian itu, tetapi hanya kepada pesakit positif Covid-19, memetik laman web Detik.com pada Selasa.

"Indonesia mencatatkan angka korban sangat tinggi membabitkan pesakit di bawah pengawasan dan pemantauan. Oleh itu, ujian PCR harus diutamakan untuk mereka berbanding ujian susulan pesakit yang sudah discaj (dari hospital)," menurut WHO.

Pada 27 Mei, WHO mengemas kini garis panduan pengurusan klinikal Covid-19 serta mengkaji semula kriteria untuk pesakit pulih.

Jika garis panduan itu diterima pakai di seluruh negeri, ujian PCR diharapkan dapat meningkatkan diagnosis terhadap kes disyaki, menurut WHO.

Sehingga Isnin, 1,074,467 spesimen diuji di Indonesia, sementara 33,504 pesakit di bawah pengawasan dan 13, 439 di bawah pemerhatian, sudah dipantau.

Pada Isnin, kerajaan melaporkan kes Covid-19 di Indonesia meningkat sebanyak 1,282 dalam sehari jumlah keseluruhan kini 76,981, manakala 50 lagi meninggal dunia menjadikan angka korban keseluruhan 3,656. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus