X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada penularan tempatan Covid-19

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kes penularan tempatan dalam empat kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes berkenaan melibatkan tiga rakyat Malaysia dan seorang warga asing yang memasuki negara ini.

"Dua rakyat Malaysia dikesan mendapat jangkitan daripada Singapura dan seorang lagi dari Rusia," katanya.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah 8,729 kes.

"Terdapat 83 kes masih aktif," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, enam pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi.

"Dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Noor Hisham berkata, empat kes pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah 8,524 kes bersamaan 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Menurutnya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus