Tiga beranak edar dadah diberkas

Mazlan (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Mazlan (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki disyaki pengedar dadah dalam operasi berasingan di Cheras di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang menunggang sebuah motosikal pada jam 6.30 petang di Lagenda Mas, Cheras.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 21,400 biji pil erimin 5 di dalam bakul motosikal jenis Modenas Kriss.

"Kita turut merampas wang tunai RM1,140 yang dijumpai di dalam poket seluar lelaki itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Mazlan berkata, hasil soal siasat, polis menahan isterinya berusia 56 tahun dan anaknya berusia 30 tahun dalam serbuan pada jam 7.35 malam di sebuah rumah di Taman Connaught, Cheras.

"Kita turut merampas 400 biji pil erimin 5 dalam serbuan itu.

"Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM38,140," katanya.

Beliau berkata, keluarga itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak dua bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tiga beranak itu direman enam hari bermula 10 Julai hingga 15 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, Mazlan memaklumkan, dua lelaki berusia 47 dan 44 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan pada jam 2.15 petang, Jumaat lalu.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai kokain seberat 3,278.1 gram di dalam kereta jenis Mercedes Benz

"Turut dirampas wang tunai RM500," katanya.

Katanya, hasil semakan mendapati salah seorang suspek yang ditahan mempunyai lapan rekod jenayah.

"Ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kedua-dua suspek juga direman enam hari bermula 11 Julai hingga 16 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B akta yang sama," katanya.