X

Kindly register in order to view this article
!

KPKT teliti kebenaran taska beroperasi di bangunan tinggi

Zuraida Kamaruddin menjawab pertanyaan ketika Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia berbincang dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kebenaran taska beroperasi di tingkat melebihi paras lima sesebuah bangunan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau percaya operasi taska memerlukan peralatan tertentu sekiranya berlaku kebakaran atau sebagainya.

“Namun demikian saya belum teliti lagi mengenai perkara ini tentang asas-asas, syarat-syarat yang kita boleh benarkan tempat-tempat itu dikecualikan.

“Selepas ini, insya-ALLAH saya akan bincang dengan pegawai bomba untuk meneliti supaya boleh membuat sedikit kelonggaran untuk membantu taska-taska ini,” katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Hannah Yeoh (DAP-Segambut) mengenai kebenaran kementerian untuk taska beroperasi di bangunan tinggi bagi menjimatkan kos pengurusan selari dengan usaha menambah bilangan taska di tempat kerajaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!