X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga suspek pecah rumah diburu

A
A

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara sedang mengesan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes samun dan pecah rumah baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihak polis sudah mengesan alamat terakhir mereka sekitar daerah ini tetapi mereka tidak lagi mendiami kawasan itu.

"Suspek pertama Zulfaqar Abdul Aziz, 28, alamat terakhir adalah di No 14, Jalan Aman 4, Taman Damai Jaya, 81300 Skudai, Johor Bahru.

"Suspek kedua Jegathesan Murthy dan alamat terakhir No 38, No 01-13, Blok C, Jalan Dataran 2/8, Taman Kempas, Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek ketiga Azizan Abdullah, 23, dan alamat terakhirnya No 8, Jalan Sri Perkasa 1/12, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru.

Pihaknya mempunyai cukup bukti terhadap semua suspek untuk menahan mereka dan kes melibatkan ketiga-tiganya masih lagi dalam siasatan.

Justeri beliau memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedudukan mereka supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!